Cara pemilihan Paus_(Katolik)

Pengundian

Paus asalnya dipilih paderi-paderi kanan yang mendiami kota Rom atau sekitarnya. Kelayakan para pengundi dihadkan kepada Kardinal-Kardinal Gereja Rom Suci pada 1059, manakala undian individu kesemua Pengundi Kardinal dikira sama rata pada tahun 1179. Para pengundi kini dihadkan dalam kalangan mereka yang tidak mencecah usia 80 tahun sehari sebelum kematian atau peletakkan jawatan Paus yang sebelumnya.[6] Memandangkan Paus ini juga berperanan sebagai Uskup Rom, hanya mereka yang telah dilantik sebagai uskup sahaja dapat diundi, di mana sebarang penganut Katolik lelaki yang dibaptiskan layak dalam pemilihan ini.

Salah satu ciri utama kaedah pemilihan paus yang baru ini adalah cara pengundian diumumkan kepada orang ramai. Selepas kesemua kertas undi dikumpul dan diikat, bondolan tersebut dibakar dalam sebuah dapur khas yang didirikan dalam Gereja Kecil Sistine di mana asap pembakaran tersebut akan dilepaskan sebuah serombong kecil yang kelihatan dari Dataran Santo Peter. Undian yang tidak berjaya akan dibakar bersama sejenis bahan khas yang menghasilkan asap hitam (bahasa Itali: fumata nera) Undian yang berjaya pula akan dibakar sendirian menghasilkan asap putih (fumata bianca) seterusnya mengumumkan pengundian seorang Paus yang baharu.[7]

Diakon Kardinal Kanan muncul dari beranda yang menghadap Dataran Santo Peter lalu membuat pengumuman: Annuntio vobis gaudium magnum! Habemus Papam! ("Saya mengumumkan dengan sukacitanya! Kami mempunyai seorang Paus kini!"). Paderi tersebut seterusnya mengumumkan nama pertama serta nama pemerintah Paus baru ini.

Kematian

Mengikut tradisi abad-abad kebelakangan ini, Kardinal Camerlengo ("Pengurus Rumah Tangga") mengesahkan kematian seseorang Paus selepas mengetuk lembutnya kepala beliau dengan sejenis tukul perak sambil memanggil nama asalnya sebanyak tiga kali,[8] namun ia tidak diamalkan sewaktu kematian John Paul I[9] dan John Paul II.[10] Kardinal tersebut mengambil Cincin Nelayan lalu membelahnya di hadapan jemaah kardinal lain. Tera Paus ini dirosakkan agar ia tidak digunakan lagi sementara kediaman persendiriannya ditutup.[petikan diperlukan]

Mayat si Paus yang mati ini dipamerkan untuk tujuan penghormatan terakhir selama beberapa hari sebelum dikebumikan dalam bilik bawah gereja atau katedral yang utama; kesemua paus yang meninggal pada abad-abad ke-20 dan ke-21 dikebumikan dalam Basilika Santo Peter. Suatu tempoh berkabung selama sembilan hari (novendialis) berlangsung selepas pengebumian ini berlaku.[petikan diperlukan]

Peletakan jawatan

Kemungkinan seseorang Paus meletakkan jawatannya amatlah jarang.[11] Benedict XVI merupakan Paus terkini yang melakukan demikian dengan penurunannya dari Takhta Suci pada 28 Februari 2013 selepas pengunduran Gregory XII pada tahun 1415.[12]

Rujukan

WikiPedia: Paus_(Katolik) http://abcnews.go.com/International/white-smoke-po... http://www.google.com/search?tbm=bks&hl=en&q=Elwel... http://www.google.com/search?tbm=bks&hl=en&q=Greer... http://www.google.com/search?tbm=bks&hl=en&q=Mazza... http://www.google.com/search?tbm=bks&hl=en&q=O'Mal... http://www.google.com/search?tbm=bks&hl=en&q=Schat... http://www.snopes.com/religion/hammer.asp http://www.time.com/time/covers/1101050411/path.ht... http://www.vatican.va/ http://www.vatican.va/holy_father/index.htm